Saturday, February 19, 2022

Salam Pengenalan

Salam dan hai dari Admin...

Jika anda mencari novel-novel lama, di sinilah tempatnya.
Kesemua novel ini adalah koleksi peribadi saya yang saya simpan sekian tahun lamanya. Kebanyakkan sudah tiada dalam pasaran. Jadi anda boleh tengok-tengok di sini. Yang mana berkenan di hati atau mungkin telah lama anda cari untuk dijadikan koleksi sendiri.

Ada juga novel yang masih berbalut. Bonus untuk anda yang mendapatkannya. Saya akan tetap menjual dengan harga rendah.

Happy viewing untuk semua pengunjung. 

Jika ada yang berminat, sila terus whatsapp sy di 017 3113 226. Jika komen di ruang komen, takut sy tidak perasan kerana sy mempunyai blog lain juga untuk dilayani. Terima kasih atas kerjasama anda.


Fiza Nordin
Putra Perdana, Puchong.

Thursday, April 28, 2016

Dendam Masrini - Sri Diah


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Masrini datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi.
Dendam berterabur di sana sini. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalili dan menguasai perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.
Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Professor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua ini adalah bapa saudaranya.
Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya? Mampukah Datin Azizah menepis bunga-bunga cinta Professor Hisham?
Novel ini akan menyajikan segalanya. Aneka krisis dipaparkan secara nyata. Momen cinta dirangkai penuh melankolik dan setiap denfam akan dipaparkan satu persatu. Mereka yang culas akan tewas di tangan takdir.

Manisnya Cinta - Anis Ayuni


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamuanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoaannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Wednesday, April 27, 2016

Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan



UNTUK DIJUAL
rm15.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingaa takdir menemukan kebahagiaan semula?
Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan yang bernama Jeslina...

Selamat Tinggal Memori - Shanika Latisha


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan. 
Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi perlbagai suda duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.
Masa berlalu...
Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah takada abang tadi..." 
Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbea. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yang tidak patut dilepaskan."
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.
"Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita."
Apakah yang terbaik untuk hidup Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?

Semusim Rindu - Aleya Aneesa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan menjadikan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaaffan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah dirinya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tepi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya kepada Ikram tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaaffan adalah dendam yang terindah.
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tetapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk dan menerima Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri!! Inikah balasan Allah pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


Tuesday, April 26, 2016

Sehangat Asmara - Aisya Sofea


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datang untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusi perasaanya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...