Thursday, April 28, 2016

Dendam Masrini - Sri Diah


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Masrini datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi.
Dendam berterabur di sana sini. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalili dan menguasai perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.
Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Professor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua ini adalah bapa saudaranya.
Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya? Mampukah Datin Azizah menepis bunga-bunga cinta Professor Hisham?
Novel ini akan menyajikan segalanya. Aneka krisis dipaparkan secara nyata. Momen cinta dirangkai penuh melankolik dan setiap denfam akan dipaparkan satu persatu. Mereka yang culas akan tewas di tangan takdir.

Manisnya Cinta - Anis Ayuni


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamuanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoaannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Wednesday, April 27, 2016

Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan



UNTUK DIJUAL
rm15.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingaa takdir menemukan kebahagiaan semula?
Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan yang bernama Jeslina...

Selamat Tinggal Memori - Shanika Latisha


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan. 
Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi perlbagai suda duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.
Masa berlalu...
Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah takada abang tadi..." 
Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbea. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yang tidak patut dilepaskan."
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.
"Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita."
Apakah yang terbaik untuk hidup Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?

Semusim Rindu - Aleya Aneesa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan menjadikan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaaffan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah dirinya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tepi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya kepada Ikram tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaaffan adalah dendam yang terindah.
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tetapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk dan menerima Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri!! Inikah balasan Allah pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


Tuesday, April 26, 2016

Sehangat Asmara - Aisya Sofea


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datang untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusi perasaanya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

Ombak Rindu - Fauziah Ashaari


UNTUK DIJUAL
rm15.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang elanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim



UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hatinya. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.
Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Monday, April 25, 2016

Sekuntum Bunga Sena - Abd Talib Hassan


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Hati mana yang tidak retak, jiwa mana yang tidak lebur, dahan tempat bergantung patah, ruang tempat berteduh pecan dan kini dia tiba-tiba nanar menjadi sang pemburu pada sebuah kebahagiaan hakiki.


Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dicapai.
Lantaran itu, dia rela melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?
"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melihatkan perasaan orang lain."
Akur dengan kata-kata itulah Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia akan karam sendiri!
"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada arahnya."
Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?"
Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"


Getaran Rindu - Norzailina Nordin



UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Perempuan... lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-nyeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam realiti. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari! Benarkah?

Sejak itu hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun... cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hati Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.

Di manakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembunyi angkara perbuatan Suffian, kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.

Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan air mata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.


Hanya Kenangan - Sofieza Isqandar


HANYA KENANGAN - SOFIEZA ISQANDAR
UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226


SINOPSIS:
Ikatan persahabatn yang terjalin antara Suraya dan Tasya semakin kukuh dan kuat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.
Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq, melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.
Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.
Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedangkan hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?

Wednesday, March 9, 2016

Kompilasi Destini Kasih - Abd Talib Hassan


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kerana hauskan kemesraan keluarga, Khairuddin yang yatim piatu telah balik ke kampung. Namun kerana hubungannya dengan Mastura, dia tidak disenangi oleh pak long sekeluarga yang tidak mahu bermenantukan dia kerana pangkat dan darjat yang tidak dimilikinya tanpa mengetahui siapa dia sebenarnya. Terpaksalah Khairuddin merantau lagi untuk membuktikan taraf dan kedudukkannya.


Dendam Semalam - Shanika Latisya


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di umuara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di situ, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya...

Dendam Yang Terlerai - Norhayati Berahim


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di umuara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di situ, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya...


Tuesday, March 8, 2016

Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Sungguh cantik papan di Jawa
Di sulam dengan daun kencana
Sungguh enak fitnah dibawa
Diri menerima jiwa merana

Diulam dengan daun kencana
Papan di Jawa dibuat peti
Diri menerima jiwa merana
Sampai mati tetap diingati


Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.
Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.


Satu Anugerah - Sabariah Araur


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kesedihan dan kepedihan ini perlukah kuceritakan kepada seluruh isi alam? Rasa terkilan dan tersinggung jua perlukah kuframekan untuk kugantungkan di setiap sudut pandangan? Fahamkah mereka apa yang kurasa... pilu yang saban waktu mengepung hati dan emosi... Sedang aku berusaha memuuk benih-benih harapan, kau bunuh impian itu tanpa alasan. Lalu di mana lagi harus aku mencari keredaan, kerana kesilapan hari ini telah menghancurkan seluruh impian silam...


Biarkan Aku Pergi - Azizah Johor


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Janji manismu itu telah aku duga dusta. Saat kau lafazkan... kala janji kau ikrarkan... hatiku berdebar-debar. Getarnya bagai satu peringatan yang tidak harus aku leka-lekakan. Ini permainanmu yang entah ke berapa... ini pengorbananku yang entah di mana nilainya... abang, tangisan hati ini pedihnya hanya aku yang rasa, yang meratapinya sejak sekian lama. Lalu salahkan aku kala pujuk rayumu aku biarkan lesu? Berdosakan aku bisa memohon agar diri ini dilepaskan? Kerana aku percaya... sampai bila-bila pun keadaan tidak akan kembali seperti sedia kala. Abang... binalah kehidupan baru bersama orang baru, kerana kembali kepadamu bererti membiarkan kenangan silam merantai tiap kepercayaan. Dan kasih sayang kita kiranya umpama cantuman warna-warna senja. Satu-satu meninggalkan kita kala malam merangkak tiba...


Monday, March 7, 2016

Jalinan Kasih - Puteri Andalas


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kenangan lorong berduri yang pernah disusuri, Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta; meskipun terpaksa buang emak, buang saudara, namun perkahwinan penuh kerikil ini tetap diteruskan.
Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat Rosalina berjuang melahirkan Alif diterimanya sebagai ketentuan takdir yang ingin menguki keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan. Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.
Kehadiran semua Rodney pemuda Kanada yang pernah singgah di hati bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan, ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu, hatinya terbuka menerima pengganti. Apalah lagi menantap bening mata Alif yang rindukan belaian seorang ayah membuatkan Rosalina terpaksa memilih antara dua.
JALINAN KASIH, keunikkan sejarah cinta dua insan di dalam lingkaran kehidupan sosial masa kini. Sesungguhnya, cinta bersifat universal. Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan, budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.


Badai Di Hati - Fazie Hanna


UNTUK DIJUAL

rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.
Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagi lelaki itu, dia terhebat. Tetapi sebagai insa, dia menjadi manusia sesat.
Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kali kedua. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.
Sesungguhnya, segala kenangan pahit yang cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paradigma hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.


Hati Ini Milik Siapa - Ebriza Aminudin


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)

wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Cinta pertamanya bersama Hezriq yang kecundang menjadikan Ezmira seorang pelarian. Dia membina hidup baru di tanah kelahirannya, Pulau Pinang dan menjadi seorang yang prejudis terhadap cinta. Setelah berjaya melupakan kenangan pahit itu, dia terpaksa kembali ke kota yang menyompan seribu satu kenangan kerana dinaikkan pangkat.
Bekerja dengan Jimmy Shanley telah membibitkan semula rasa cinta di dalam hatinya. Dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Danus, sepupu Hezriq yang mengharapkan cintanya membuatkan dirinya serba salah.
Perkara yang ditakuti akhirnya muncul apabila Hezriq ingin kembali kepada dirinya dan ingin menjadikannya sebagai isteri kedua. Mampukah dia melukai hati isteri Hezriq? Siapakah akhirnya yang berjaya memiliki sekeping hati milik Ezmira?


D'Blur - Ellis Gee



UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Namanya Hetty Nur. Sebab my dad minat Hetty Kos Endang.
Nama lainnya Hetty Blur. Sebab sikapnya yang kebodoh-bodohan, jadi Club 5 memberi jolokan itu. Walaupun dia blur tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk belajar ke peringkat diploma dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang lumayan pendapatannya agar dapat membantu keluarga yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Dia bukan blur sembarangan.
Dia mungkin Hetty Blur, selalu dikenakan rakan yang mahu menguji tahap blurnya. Dan, dia memang sering terkena. Tapi dia bukan blur sehingga tidak tahu mengenakan semula. Cuma... kenapa tiap kali dia mahu membalas perbuatan 'rakan' itu, dia yang terkena semula? Adakah dia terlalu blur sehingga tidak mampu mengenakan semula pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya?
Dan Robbie, the man of my dream, bolehkah kau menjadi milik aku, Hetty Blur?


Wednesday, March 2, 2016

Untukmu Permata Hatiku


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Takdir menentukan dua insan seni, Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan memeterai percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.
Penantian selama lapan tahun terurai dengan kelahiran cahaya mata. Namun, di sebalik anugerah ini terselit dugaan. Tiga dari tujuh anak mereka disahkan menghidap 'myopathy', sejenis penyakit otot.
Antara ketabahan seorang ibu dan semangat jitu seorang ayah, setiap hari adalah perjuangan demi melihat permata hati terus bernafas tanpa rasa menderita. Di dalam segenap tenaga yang termampu, mereka terus tabah berkongsi sebuah bahtera kehidupan.
Takwa mereka kini diuji Allah. Wajarkah kita melihat saja keperitan yang mereka tanggung? Apakah hati kita akan tenang hanya sekadar memerhati?

Cupid Love


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara... kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.
Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita...
Kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji... memusnahkan kepercayaan kau padaku. Lantas tanpa pamitan kau pergi... pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.
Dari lewat bicara antara kita... aku cuba jejakimu. Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.



Tuesday, March 1, 2016

Bukan Cinta Biasa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Sifat sabar dan mengalah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi semua kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup adalah lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya.
Pertemuan Shahira dan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan antara mereka. Sifat ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. 
Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu terasa sendat di hati. Akibat tersalah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.
Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada berpenghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan suratanNya memang tiada siapa dapat menolak dan menghalang. Berjayakan Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?


Kisah Kasih


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari-menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.
Tidak lama kemudian seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah Epun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.
Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa cinta yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan aneh yang dinamakan rindu yang tiba-tiba bertandang di hatinya?
Sesungguhnya syarat itu menyiksa keduan-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta!

Rindu Di Kalbu


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menhabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta.
Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiawanya. Tapi Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya?
Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula?
Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Dendam Semalam


UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan.
Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya. 
Masa berlalu... 
Ketulusan Adlan mencari hati Azlyn. 'Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah tak ada abang tadi...'
Najmil pula diburu cemburu 'kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu beza. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada.'
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. 'Dia permata yang tidak patut dilepaskan.'
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah. 
'Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita.' Apakah yang terbaik untuk hidup Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?


Mencari Cinta


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.
Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika merekaberterus-terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. "Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?" Air mata Faris menitis.
Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Putus Sudah Kasih Sayang


UNTUK DIJUAL

rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis: 

Warna-warna kehidupan... serinnya kontras, sering kalinya juga menggepitakan ruang-ruang kebernaran. Jadilah hukuman alam dicamarbakan... sehingga tali kebenaran yang tersimpul, kusut dan entah siapa akan merangkaukannya. Jangan ditanya mengapa cerita semalam menjadi luka yang tidak pernah sembuh. Jangan dihutang berapa titis darah menitis... kerana pedhnya jua tidak pernah menyurut lalu melarat menjadi barah yang mengazamkan. Lalu dendam juakah yang menjadikan manusia bernama Azimah dan Syakila hilang harga diri lalu hanyut? Dan terpujukkah hati seorang Nurul Izzah tatkala menyaksikan suami yang dia sayang< menjalin cinta bersama kekasih lama....


Monday, February 29, 2016

Bahang Asmara


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Sukarnya membuat keputusan tatkala cinta berada di persimpangan.... Cinta bertahun layu sebelum berkembang. Namun biarlah pilihan yang terakhir ini membuka ruang kebenaran.... Katamu aku pemaisuri hidupmu... di mata dan di hati. Lalu kita meniti batas-batas harapan... namun impian kita relai jua sudahnya tatkala batas-batas harapan berderai dilambung ombak keegon....

Lagu Rindu


UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis: 

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih seirus dan bermakna. Dia membuatkan aku memasng angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Amal meluahkan rahsia hatinya,aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seseorang. Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofia membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian diri. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofia seperti begitu bermakna buat dirinya? 
Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya. 
Tangisan semalaman sudah ternokhtah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu madu cinta.


Friday, February 26, 2016

Zuriat


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Novel yang penuh realiti ini menggarapkan pahit maung keluarga Mohamad dan Kamariah dari Kota Bharu. Segala-galanya bermula bila Amree, anak kedua pasangan ini yang berusia sembilan tahun disahkan menghidap MLD, sejenis penyakit genetik yang boleh membawa maut pada tahun 1992.
Tidak lama kemudian, Maslina anak sulong mereka pula didapati berpenyakit serupa. Ujian darah juga dibuat ke atas tiga orang lagi, iaitu Affizal, Affandi dan Marhaini. Apakah hasilnya? Alangkah tergurisnya perasaan Mohamad dan Kamariah apabila mengetahui kesemua anak mereka bakal menghidap penyakit yang sama. Hati mana yang tidak belas melihat penderitaan anak-anak yang cacat fizikal dan mental? Pasangan suami isteri itu sering berdoa supaya dikurniakan ketabahan. Namun, dugaan datang menimpa lagi. Kamariah pula dibedah kerana mengalami ketumbuhan otak pada tahun 1994.
Dalam pada itu, pakar kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, memberitahu mereka tentang kaedah pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan Affandi dan Marhaini. Malangnya usaha untuk ke Minnesota, USA itu menemui pelbagai rintangan birokrasi. Demi anak-anak yang dikasihi, pasangan suami isteri itu tidak pernah berputus asa. Mereka terus berjuang dan usaha mereka telah mendapat liputan meluas di media massa seluruh negara.
Di tengah-tengah kemelut untuk mencari ubat penawar anak-anak mereka tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kematian Maslina pada tahun 1996. Kesedihan bertimpa lagi kerana keadaan Amree yang amat dhaif. Pada masa yang sama, kecacatan Affizal semakin mencengkam hidupnya. Mereka menjadi bertambah runsing memikirkan hal itu. Kecekalan semangat dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Mohamad dan Kamariah dalam menjaga anak-anak yang cacat begitu dikagumi. Hayatilah bagaimana perjuangan seorang ibu dan ayah dalam menghadapi karenah anak-anak dalam Zuriat ini hinggakan membuat anda tidak kering air mata untuk menghabiskannya.