HANYA KENANGAN - SOFIEZA ISQANDAR
UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226
SINOPSIS:
Ikatan persahabatn yang terjalin antara Suraya dan Tasya semakin kukuh dan kuat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.
Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq, melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.
Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.
Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedangkan hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?
No comments:
Post a Comment