UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226
Sinopsis:
Perempuan... lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-nyeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam realiti. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari! Benarkah?
Sejak itu hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun... cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hati Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.
Di manakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembunyi angkara perbuatan Suffian, kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.
Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan air mata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.
No comments:
Post a Comment