Tuesday, March 1, 2016

Kisah Kasih


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari-menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.
Tidak lama kemudian seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamarannya itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah Epun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.
Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa cinta yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan aneh yang dinamakan rindu yang tiba-tiba bertandang di hatinya?
Sesungguhnya syarat itu menyiksa keduan-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta!

No comments:

Post a Comment