UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226
Sinopsis:
Sifat sabar dan mengalah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi semua kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup adalah lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya.
Pertemuan Shahira dan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan antara mereka. Sifat ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah mengetahui Azlisyam adalah tunangnya.
Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu terasa sendat di hati. Akibat tersalah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.
Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada berpenghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan suratanNya memang tiada siapa dapat menolak dan menghalang. Berjayakan Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?
No comments:
Post a Comment