Thursday, April 28, 2016

Dendam Masrini - Sri Diah


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Masrini datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi.
Dendam berterabur di sana sini. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalili dan menguasai perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.
Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Professor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua ini adalah bapa saudaranya.
Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya? Mampukah Datin Azizah menepis bunga-bunga cinta Professor Hisham?
Novel ini akan menyajikan segalanya. Aneka krisis dipaparkan secara nyata. Momen cinta dirangkai penuh melankolik dan setiap denfam akan dipaparkan satu persatu. Mereka yang culas akan tewas di tangan takdir.

Manisnya Cinta - Anis Ayuni


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamuanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoaannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Wednesday, April 27, 2016

Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan



UNTUK DIJUAL
rm15.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingaa takdir menemukan kebahagiaan semula?
Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan yang bernama Jeslina...

Selamat Tinggal Memori - Shanika Latisha


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan. 
Namun apabila Adlan bertemu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi perlbagai suda duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.
Masa berlalu...
Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah takada abang tadi..." 
Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbea. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."
Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yang tidak patut dilepaskan."
Adlan harus merungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.
"Kita berhak memilih yang terbaik untuk hidup kita."
Apakah yang terbaik untuk hidup Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya?

Semusim Rindu - Aleya Aneesa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan menjadikan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaaffan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah dirinya menderita dan zahirnya terseksa...
Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tepi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya kepada Ikram tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaaffan adalah dendam yang terindah.
Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tetapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk dan menerima Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri!! Inikah balasan Allah pada dirinya yang ingkar?
Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


Tuesday, April 26, 2016

Sehangat Asmara - Aisya Sofea


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datang untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusi perasaanya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

Ombak Rindu - Fauziah Ashaari


UNTUK DIJUAL
rm15.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang elanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim



UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hatinya. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.
Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Monday, April 25, 2016

Sekuntum Bunga Sena - Abd Talib Hassan


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Hati mana yang tidak retak, jiwa mana yang tidak lebur, dahan tempat bergantung patah, ruang tempat berteduh pecan dan kini dia tiba-tiba nanar menjadi sang pemburu pada sebuah kebahagiaan hakiki.


Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dicapai.
Lantaran itu, dia rela melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?
"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melihatkan perasaan orang lain."
Akur dengan kata-kata itulah Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia akan karam sendiri!
"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada arahnya."
Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?"
Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"


Getaran Rindu - Norzailina Nordin



UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Perempuan... lirikan matanya ibarat sembilu menusuk di kalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari-jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-nyeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam realiti. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari! Benarkah?

Sejak itu hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun... cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hati Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.

Di manakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembunyi angkara perbuatan Suffian, kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.

Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan air mata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.


Hanya Kenangan - Sofieza Isqandar


HANYA KENANGAN - SOFIEZA ISQANDAR
UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226


SINOPSIS:
Ikatan persahabatn yang terjalin antara Suraya dan Tasya semakin kukuh dan kuat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.
Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq, melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.
Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.
Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedangkan hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?