Monday, February 29, 2016

Bahang Asmara


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Sukarnya membuat keputusan tatkala cinta berada di persimpangan.... Cinta bertahun layu sebelum berkembang. Namun biarlah pilihan yang terakhir ini membuka ruang kebenaran.... Katamu aku pemaisuri hidupmu... di mata dan di hati. Lalu kita meniti batas-batas harapan... namun impian kita relai jua sudahnya tatkala batas-batas harapan berderai dilambung ombak keegon....

Lagu Rindu


UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis: 

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih seirus dan bermakna. Dia membuatkan aku memasng angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Amal meluahkan rahsia hatinya,aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seseorang. Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofia membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian diri. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofia seperti begitu bermakna buat dirinya? 
Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya. 
Tangisan semalaman sudah ternokhtah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu madu cinta.


Friday, February 26, 2016

Zuriat


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Novel yang penuh realiti ini menggarapkan pahit maung keluarga Mohamad dan Kamariah dari Kota Bharu. Segala-galanya bermula bila Amree, anak kedua pasangan ini yang berusia sembilan tahun disahkan menghidap MLD, sejenis penyakit genetik yang boleh membawa maut pada tahun 1992.
Tidak lama kemudian, Maslina anak sulong mereka pula didapati berpenyakit serupa. Ujian darah juga dibuat ke atas tiga orang lagi, iaitu Affizal, Affandi dan Marhaini. Apakah hasilnya? Alangkah tergurisnya perasaan Mohamad dan Kamariah apabila mengetahui kesemua anak mereka bakal menghidap penyakit yang sama. Hati mana yang tidak belas melihat penderitaan anak-anak yang cacat fizikal dan mental? Pasangan suami isteri itu sering berdoa supaya dikurniakan ketabahan. Namun, dugaan datang menimpa lagi. Kamariah pula dibedah kerana mengalami ketumbuhan otak pada tahun 1994.
Dalam pada itu, pakar kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, memberitahu mereka tentang kaedah pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan Affandi dan Marhaini. Malangnya usaha untuk ke Minnesota, USA itu menemui pelbagai rintangan birokrasi. Demi anak-anak yang dikasihi, pasangan suami isteri itu tidak pernah berputus asa. Mereka terus berjuang dan usaha mereka telah mendapat liputan meluas di media massa seluruh negara.
Di tengah-tengah kemelut untuk mencari ubat penawar anak-anak mereka tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kematian Maslina pada tahun 1996. Kesedihan bertimpa lagi kerana keadaan Amree yang amat dhaif. Pada masa yang sama, kecacatan Affizal semakin mencengkam hidupnya. Mereka menjadi bertambah runsing memikirkan hal itu. Kecekalan semangat dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Mohamad dan Kamariah dalam menjaga anak-anak yang cacat begitu dikagumi. Hayatilah bagaimana perjuangan seorang ibu dan ayah dalam menghadapi karenah anak-anak dalam Zuriat ini hinggakan membuat anda tidak kering air mata untuk menghabiskannya.

Thursday, February 25, 2016

Original


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Tamsis dan Derra Mandy, kedua-duanya terpisah oleh benua dan lautan. Tetapi di University of Kingdom, Derra Mandy telah menjadi identiti yang mengelirukan, manakala di tempat kelahirannya di Muar, Tamsis turut gagal mengenali dirinya sendiri.
Lebih aneh, Derra Mandy yang telah menganut agama Islam itu telah ditemui bersama Stevas seorang lelaki Inggeris di sebuah hotel di Glocester. Dia lebih gemar menggunakan nama Derra Mandy daripada Norhayati Abdullah yang diberikan oleh Tamsis, sedangkan antara dia dengan Tamsis bagaikan sinonim meskipun kedua-duanya terpisah jauh.
Mastermind di sebalik semua kekalutan ini bijak tetapi apakah ia cukup kuat untuk berdepan dengan riwayat hidup Tamsis yang dibacakan oleh Liza, seorang secret admire untuk memulihkan ingatan Tamsis?
Original memang mencabar minda anda untuk mencari siapa dan apa itu original.


Kasih Seharum Lavender


UNTUK DIJUAL
rm12.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya umi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu diperantauan. Dia bahagia walaupun di sebalik itu kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Izani yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia ada kalanya lelah dengan situasi sebegitu! 
Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah yang dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya? 
Seperti menyedari sikap selama ini, Izani berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah? 
Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Umi tiba-tiba saja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biar pun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?
Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik. 
Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia redha walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.
Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

Bidadari Cinta


UNTUK DIJUAL
rm10.00 (tdk tmasuk pos)
*harga asal: rm15.90*
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kau ajar aku bahagia. Kau rawat kala aku derita. Namun masih tidak bisa aku terima kedua-duanya. Bahagia dan derita. Kerana saat gelap menyapa, kau berikan aku cahaya. Dan bila cahaya menyilaukan mata, kau tabiri aku dengan kanvas cinta. Kita sebenarnya sama-sama memerlukan. Hitam putih warna kehidupan usah dibiar menganggu kebahagiaan. Dan tidak salah juga kiranya kita simpan buat kenangan... kerana lukut tidak akan mengurang dan menambahkan apa-apa di dalam pencarian kita yang baru bermula. Malam-malam yang kelam kuleraikan satu, satu ikatannya dari menghambat hati... membelit emosi yang lara dan kecewa. Kerana aku juga ingin bahagia seperti mereka.

Untuk Kau Dan Aku


UNTUK DIJUAL
rm15.00 
(Harga Asal: rm34.90)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar... tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...

Wednesday, February 24, 2016

Dendam Semalam


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.
Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.
Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap 'hadir' dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian hangat membahang diri.
Namun, terubatkah kecewa Hartina... terleraikah dendamnya setelah rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebenarnya? DENDAM SEMALAM ... penuh saspens dan mendebarkan!

Secebis Hatimu


UNTUK DIJUAL

rm15.00
wa: 017 3113 226

Sinopsis:

Kasihku, kasih anak terbuang yang jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. Terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu... namun sengaja kau biarkannya. Sengaja kau memberi ruang pada insan lain untuk merebut untuk merebut peluang. Egokah kita sebenarnya? Lalu kerana merasa tercabar dan dicabar, Putri melayan kasih jejaka lain dan membiarkan Zack menjeruk rasa. Bersama si jejak, Putri cuba melayan perasaan, membalas tiap ungkapan cinta dan sayang dengan penuh perasaan. Namun Putri gagal... hatinya tiada rasa... melainkan rasa tawar dan hambar yang mencicip kesal. Putri sedar, cintanya pada yang lain.


Badai Di Hati


UNTUK DIJUAL
* masih berbalut *
rm8.00
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah arus kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.
Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.
Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titi air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.
Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paradigma hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.

Tuesday, February 23, 2016

Kerana Kau Lelakiku...


UNTUK DIJUAL

rm15.00 
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabnya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba. Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang dan sempit. Cinta padanya membuatkan dia takut berada jauh darinya. Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yassir yang mencintai dalam diam walaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya. Walau masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya.... di bawah sinar Rabbul Izzati!


Kompilasi - Destini Kasih


UNTUK DIJUAL - 
BUKU BARU - MASIH BERBALUT

rm10.00
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kerana hauskan kemesraan keluarga, Khairuddin yang yatim piatu telah balik ke kampong. Namun kerana hubungannya dengan Mastura, dia tidak disenangi oleh Pak Long sekeluarga yang tidak mahu bermenantukan dia kerana pangkat dan darjat yang tidak dimilikinya tanpa mengetahui siapa dia sebenarnya. Terpaksalah Khairuddin merantau lagi untuk membuktikan taraf dan kedudukkannya.



Hati Seorang Wanita


UNTUK DIJUAL

rm12.00
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Dia dialhirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjajikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepanuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.
Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tidak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Monday, February 22, 2016

Cinta Jangan Kau Pergi


UNTUK DIJUAL

rm12.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226


Sinopsis:
Sungguh cantik papan dijawa,
Disulam dengan daun kencana,
Sungguh enak fitnah dibawa,
Diri menerima jiwa merana.

Disulam dengan daun kencana,
Papan dijawa dibuat peti,
Diri menerima jiwa merana,
Sampai mati tetap diingati.

Tak Kuduga


UNTUK DIJUAL

rm10.00
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Kerana mengikut kata hati, Siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendapatkan pekerjaan di kota yang penuh mencabar itu. Pada hari yang dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampong menuju ke Kuala Lumpur.
Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dengan Nayli. Nayli telah bermurah hati dan membawanya ke rumah.
Di sini Siti Atilia telah bertemu dengan Marry yang juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa-rupanya Nayli adalah ibu ayam kepada sarang pelacuran. 
Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dengan tindakannya itu. Apakah yang terjadi kepada Siti Atilia? Dapatkah dia melarikan diri dari pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?


Janji Kasih


UNTUK DIJUAL

rm12.00

wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Bahagia bagaikan sebutir berlian yang terjatuh ke laut. Dan laut itu pula penuh dengan tipu muslihat... ke dasar mana hendak digapai? Ia sama juga dengan tragedi Saliwati ditangkap khalwat di bilik professornya. 
Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua. Antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yang bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.
Zahim kekasih lamanya yang baik budi dan prihatin, berdepan dengan dilema apabila isterinya menyuruh berpoligami. Pekerti santun Saliwati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Di matanya ada cinta, di hatinya ada setia. Namun Huzairi yang kematian bapa angkara tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati. 
Bagaimanapun wasiat seorang isteri akhirnya telah menghadiahkan gerbang bahagia untuk Zahim dan Saliwati. Apakah Huzairi juga turun menikmati kemuncak janji itu? Jika hak untuk bahagia menjadi milik semua, kasih yang ada biarlah menjadi janji setia bersama...




Friday, February 19, 2016

Air Mata Kasih


UNTUK DIJUAL
rm15.00


wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi. Antara Ain dan Haqimi. Dan benarlah... 'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah majikannya.... yang sering mengusik dan membulikan seperti zaman kanak-kanak mereka. Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi' nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan... menjadikan Ain insan kesepian.

Kuala Lumpur Di Mana Suamiku


UNTUK DIJUAL 
smile emoticon
rm12.00

wa 017 3113 226 (Fiza)
Sinopsis:
Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan itu satu percaturan? perlnah ditanya pada diri, harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril. Lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.
Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa kasih pada lelaki yang bukan suami. Menderhakakah dia, jika dalam kesepian menyambut salam seorang Baha, yang baik dan penyayang. Dia sebenarnya penasaran; antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah.
Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya, sampai bila segalanya akan ada penyudah....

Kisah Hati


NOVEL BARU! MASIH BERBALUT
Harga Asal: rm24
Harga Jual: rm15 (tidak termasuk pos)

Sinopsis:
"Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang," ujar Naqira perlahan, merendah diri.

"Tak ada manusia yang sempurna, Qira."
"Tapi Qira lain."
"Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang."


Aduh... romantiknya dia! Bahagianya hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu. gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarganya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?


Dendam Yang Terlerai


UNTUK DIJUAL

rm12.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat dari terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di sini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, kau ampunilah dosanya....