Monday, February 29, 2016

Lagu Rindu


UNTUK DIJUAL

rm10.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis: 

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih seirus dan bermakna. Dia membuatkan aku memasng angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Amal meluahkan rahsia hatinya,aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seseorang. Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofia membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian diri. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofia seperti begitu bermakna buat dirinya? 
Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya. 
Tangisan semalaman sudah ternokhtah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu madu cinta.


No comments:

Post a Comment