NOVEL BARU! MASIH BERBALUT
Harga Asal: rm24
Harga Jual: rm15 (tidak termasuk pos)
Sinopsis:
"Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang," ujar Naqira perlahan, merendah diri.
"Tak ada manusia yang sempurna, Qira."
"Tapi Qira lain."
"Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang."
Aduh... romantiknya dia! Bahagianya hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu. gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarganya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?
No comments:
Post a Comment