Friday, February 26, 2016

Zuriat


UNTUK DIJUAL
rm8.00 (tdk tmasuk pos)
wa: 017 3113 226

Sinopsis:
Novel yang penuh realiti ini menggarapkan pahit maung keluarga Mohamad dan Kamariah dari Kota Bharu. Segala-galanya bermula bila Amree, anak kedua pasangan ini yang berusia sembilan tahun disahkan menghidap MLD, sejenis penyakit genetik yang boleh membawa maut pada tahun 1992.
Tidak lama kemudian, Maslina anak sulong mereka pula didapati berpenyakit serupa. Ujian darah juga dibuat ke atas tiga orang lagi, iaitu Affizal, Affandi dan Marhaini. Apakah hasilnya? Alangkah tergurisnya perasaan Mohamad dan Kamariah apabila mengetahui kesemua anak mereka bakal menghidap penyakit yang sama. Hati mana yang tidak belas melihat penderitaan anak-anak yang cacat fizikal dan mental? Pasangan suami isteri itu sering berdoa supaya dikurniakan ketabahan. Namun, dugaan datang menimpa lagi. Kamariah pula dibedah kerana mengalami ketumbuhan otak pada tahun 1994.
Dalam pada itu, pakar kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, memberitahu mereka tentang kaedah pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan Affandi dan Marhaini. Malangnya usaha untuk ke Minnesota, USA itu menemui pelbagai rintangan birokrasi. Demi anak-anak yang dikasihi, pasangan suami isteri itu tidak pernah berputus asa. Mereka terus berjuang dan usaha mereka telah mendapat liputan meluas di media massa seluruh negara.
Di tengah-tengah kemelut untuk mencari ubat penawar anak-anak mereka tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kematian Maslina pada tahun 1996. Kesedihan bertimpa lagi kerana keadaan Amree yang amat dhaif. Pada masa yang sama, kecacatan Affizal semakin mencengkam hidupnya. Mereka menjadi bertambah runsing memikirkan hal itu. Kecekalan semangat dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Mohamad dan Kamariah dalam menjaga anak-anak yang cacat begitu dikagumi. Hayatilah bagaimana perjuangan seorang ibu dan ayah dalam menghadapi karenah anak-anak dalam Zuriat ini hinggakan membuat anda tidak kering air mata untuk menghabiskannya.

No comments:

Post a Comment